Monday, September 24, 2007

FLATFORM RANGKAIAN BISNES ANDA

PELUANG JANA PENDAPATAN LUMAYAN PADA SETIAP BULAN
Program Ini Sesuai Untuk SEMUA GOLONGAN MASYARAKAT Yang Mahu Berjaya dengan Modal Yang Cukup Rendah .

FLATFORM RANGKAIAN BISNES ANDA

RAHSIA MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN BERTERUSAN SETIAP BULAN - BERTINDAK DENGAN BIJAK !!!

Perhatian !! ! Ini bukan Skim Cepat Kaya, Skim Labor dan Peram, Skim Pelaboran Internet, Program Reseller/ eBook, Program Jana Wang dan seumpamanya. Program anjuran GEMPAQ.BIZ adalah program Bisnes REALITY. Komisyen / Bonus dibayar terus kepada ahli oleh syarikat yang disertai. Pendapatan sebenar boleh dihasilkan dengan Jaringan yang Mantap

Jangan TAKUT atau MALU untuk menjadi KAYA, Langkah Kejayaan ANDA mungkin bermula di sini!. Jangan takut untuk mendaftar - BINA RANGKAIAN DAN CIPTA PENDAPATAN LUMAYAN BERTERUSAN.

Syarat daftar : TERBUKA - Berumur 18 tahun ++ , mempunyai akaun bank di Malaysia , mempunyai telefon bimbit yang aktif serta berupaya membuat arahan SMS & ada email yang sah . Telefon bimbit adalah media utama selain penggunaan PC

Sila isikan di tempat yang betul , jangan salah lorong !!!

DAFTAR PERCUMA!!!!

http://gempaq.biz/?x=moneystar

Friday, September 21, 2007

A-Z Soal Jawab mengenai Permanian Beradas

  1. APA ITU PERMANIAN BERADAS?

Permanian beradas adalah satu cara boatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.

  1. KENAPA PERMANIAN BERADAS?

Dengan membiakkan ternakan melalui permainan beradas boleh:

      • CEPAT dan PESAT membesar
      • LEBIH menghasilkan daging
      • LEBIH banyak mengeluarkan susu

ii. melahirkan anak yang lebih baik dari induknya, iaitu yang

iii. memperluaskan penggunaan benih lembu pejantan baka yang bermutu tinggi.

iv. menjimatkan masa, tenaga dan wang penternak kerana tidak perlu memelihara lembu pejantan.

v. mencegah daripada jangkitan penyakit kelamin.

  1. BILAKAH WAKTU YANG PALING SESUAI LEMBU DIPERMANIKAN?

Ternak betina hanya boleh dipermanikan apabila ia menunjukkan tandatanda BIANG atau mahu mengawan.

  1. APAKAH TANDA-TANDA BIANG YANG BOLEH DI LIHAT?

Tanda utama lembu betina mahu mengawan ialah apabila ia RELA DlPANJAT OLEH LEMBU~LEMBU LAIN, lain-lain tanda adalah:

. berkelakuan luar biasa dan resah menggelisah

i. sentiasa melenguh-lenguh

ii. kemaluannya lembab, kemerahan, bengkak dan mengeluarkan lendir

iii. kadangkala selera makan dan pengeluaran susunya berkurangan.

  1. BERAPA LAMAKAH JANGKA MASA BERAHI INI WUJUD?

Jangka masa berahi ini wujud hanya selama 24 jam. Oleh itu, sebagai panduan kasar jika tanda dilihat pada sebelah pagi permanian dibuat di petang hari itu juga dan jika tanda tersebut dilihat pada sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi esoknya.

  1. BERAPA LAMAKAH KEADAAN BIANG ATAU JANGKAMASA BERAHI INI WUJUD?

Jangkamasa berahi ini wujud selama 24 jam sahaja. Oleh itu sebagai panduan kasar, apabila tanda-tanda berahi dilihat di sebelah pagi, lembu hendaklah dipermanikan di sebelah petang hari itu juga. Jika tanda-tanda tersebut dikesan di sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi keesokkan harinya. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari.

  1. APAKAH KEPERLUAN ASAS YANG PATUT DISEDIAKAN?

Anda tidak perlu menyediakan banyak peralatan cuma sediakan tempat yang sesuai di mana ternakan boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Tetapi sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian.

  1. BAGAIMANA MENENTUKAN BENIH LEMBU YANG SESUAI BAGI TUJUAN PERMANIAN?

JENIS LEMBU DIPELIHARA

PILIHAN BAKA UNTUK KACUKAN

LID

Friesian

Kacukan 50%

Friesian Kacukan Tenusu Tempatan
(MAFRIWAL)
Australian Friesian Sahiwal (AFS)

Friesian Sahiwal

AFS
MAFRIWAL

  1. PADA UMUR BERAPAKAH LEMBU PATUT MULA DIBIAKKAN?

Dengan penjagaan yang sempurna anak-anak lembu akan bersedia untuk dibiakkan apabila berumur antara 15-18 bulan.

  1. APAKAH PENGARUH MAKANAN TERHADAP PEMBIAKAN?

Makanan memainkan peranan yang sangat penting di dalam menentukan lembu-lembu membiak dengan sempurnanya. Berikan makanan baik dengan menyediakan secukupnya rumput yang subur dan makanan tambahan seperti dedak air garam serta bata garam. Anda dinasihatkan supaya menentukan makanan yang seimbang diberi setiap hari terutama bagi lembu lembu bunting berat dan juga yang mengeluarkan susu.

  1. BAGAIMANA JIKA LEMBU TIDAK DATANG BERAHI?

Lembu mungkin tidak datang berahi disebabkan masalah pemakanan yang tidak seimbang. Jika anda telah memberikan makanan yang secukupnya tetapi masih mempunyai masalah mungkin ternakan anda mempunyai masalah lain. Oleh itu tuan dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat dari Pejabat Haiwan yang berdekatan.

  1. PATUTKAH SAYA MENYIMPAN LEMBU JANTAN?

Anda tidak perlu menyimpan lembu jantan bagi tujuan pembiakan tetapi jika anda telah menghasilkan ternakan jantan anda maka ternakan ini boleh digunakan untuk menolong di dalam pengesanan berahi.

  1. SIAPAKAH YANG BOLEH MELAKUKAN PERMANIAN?

Permanian Beradas akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Haiwan yang terlatih.

  1. BAGAIMANA DENGAN BAYARAN?

Pada masa ini perkhidmatan adalah percuma. Bayaran untuk perkhidmatan ini akan dikenakan pada masa hadapan.

  1. SETELAH DIPERMANIKAN APA PERLU SAYA BUAT?

Setelah lembu dipermanikan anda diminta memastikan yang ternakan anda tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini adalah bagi memastikan yang lembu jantan yang ada di kawasan anda tidak dapat mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran berlaku. Setelah tiga minggu anda hendaklah melihat tanda-tanda berahi semula kerana jika ternakan anda tidak bunting tanda-tanda tersebut akan berulang. Pastikan ternakan anda diperiksa setelah tiga bulan bagi menentukan samada ternakan anda bunting atau tidak. Jika ternakan anda bunting keringkan ternakan anda dari mengeluarkan susu enam ke lapan minggu sebelum beranak. Jika ianya tidak bunting lihatlah akan tandatanda berahi.

  1. PATUTKAH MENYIMPAN REKOD?

Menyimpan rekod adalah amat penting di dalam pembiakan. Ini adalah untuk memastikan yang ternakan dipermanikan pada masa yang tertentu. Tetapi menyimpan rekod sahaja tidak mencukupi jika ianya tidak kemaskini dan mempunyai data-data yang cukup. Oleh itu dapatkan pandangan dan juga cara-cara yang betul di dalam menyimpan dan mengemaskinian rekod ternakan dari kakitangan Jabatan ini. Ingat! Jika ternakan anda tidak dipermanikan pada waktu yang tepat anda akan mengalami kerugian dari segi pengeluaran susu dan juga kelahiran anak.

  1. SETELAH BERANAK APA PATUT SAYA BUAT?

Apabila tiba masa lembu anda dijangka beranak kurungkan lembu anda di kandang yang berasingan. Setelah beranak pastikan yang urinya tidak melekat dan kesemuanya telah keluar. Juga pastikan anak lembu mendapat susu awal ibu (kolustrum) secukupnya bagi melindungi anak lembu dari mendapat jangkitan. Kolustrum ini mempunyai antibodi yang tinggi yang diperlukan oleh anak-anak lembu bagi membantu sistem pertahanan anak lembu tersebut yang masih belum sempurna. Kandang di mana anak dan ibu ditempatkan hendaklah sentiasa bersih bagi mengelakkan jangkitan yang boleh memudaratkan ternakan.

  1. BAGAIMANA KALAU ANAK ATAU IBU LEMBU SAKIT?

Jangan biarkan ternakan anda sakit. Berusahalah untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin bagi mengelakkannya daripada menjadi serius. Dapatkan khidmat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat.

  1. BILA SUSU BOLEH MULA DIPERAH?

Susu boleh mula diperah setelah lembu melahirkan, tetapi dalam masa empat kelima hari pertama, susu tersebut tidak sesuai untuk diminum oleh manusia. Hanya selepas lima ke enam hari sahaja barulah susu tulen dapat diperolehi.

  1. BOLEHKAH DIPERMANIKAN LEMBU DARI JENIS PEDAGING?

Sudah tentu boleh, malah ianya amat digalakkan.

  1. BAGAIMANA PULA DENGAN PEMILIHAN BAKA?

JENIS LEMBU DIPELIHARA

PILIHAN BAKA UNTUK KACUKAN

Kedah Kelantan

Brahman
Droughtmaster
Hereford
Charolais
Simental

Kacukan Kedah Kelantan
Brahman

Baka kacukan pedaging
Brahman
Kacukan Tenusu

Droughtmaster

Droughtmaster

  1. BAGAIMANA JIKA LEMBU PEDAGING YANG DILEPASKAN BERSAMA LEMBU JANTAN?

Jika lembu jantan dilepaskan meragut bersama lembu jantan satu program khas pembiakan lembu pedaging secara berkelompok boleh dibuat di mana ternakan betina diperiksa dan bagi yang tidak bunti ng akan dilakukan permanian dan bagi yang bunting pula akan ditentukan tahap kebuntingannya dan tarikh lahir. Jadi apabila tiba masa berahi yang seterusnya bolehlah dipermanikan.

  1. BILAKAH TERNAKAN PATUT DIBIAKKAN SETELAH BERANAK?

Ternakan selewat-lewatnya mesti dibiakkan pada jangka masa kurang daripada seratus hari selepas beranak. Oleh itu perhatikan tanda-tanda berahi pada ternakan.

  1. PATUTKAH ANAK ANAK LEMBU DIBIARKAN MENETEK SUSU IBU?

Sebaik-baiknya hendaklah diceraikan susu apabila anak lembu berumur lima ke enam minggu.

  1. ADAKAH APA.APA PETUA LAIN SUPAYA LEMBU MEMBIAK DENGAN LEBIH CEPAT?

Bukan petua tetapi USAHA yang patut dipertingkatkan. Berusahalah untuk mengesan lembu anda dalam keadaan berahi. Jangan putus asa jika permanian pertama tidak berjaya menghasilkan kebuntingan.

  1. KALAU BEGITU SAYA INGIN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PERMANIAN BERADAS, APA PATUT SAYA BUAT?

Anda boleh berhubung terus dengan PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN yang berhampiran atau IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN di negeri masing-masing. Anda juga boleh menghubungi kami di

UNIT PEMBIAKAN DAN PEMBIAKBAKA

IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN

KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA

50630 KUALA LUMPUR.

No. Tel: 03-2540077 samb. 149 dan 190


PENGHARGAAN

Soal Jawab Jabatan Perkhidmatan Haiwan No. 5 ini telah dihasilkan dengan kerjasama Puan Sainah Surip yang telah menaip keseluruhan teks dan Encik Abu Hassan K. Alip, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Encik Mohd Yunus Mohd Ariffin, Pegawai Penerbitan, Kementerian Pertanian yang telah mengatur urusan percetakannya.


Dikeluarkan oleh
Unit Penerangan dan Perhubungan
Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Disediakan oleh
Unit Tenusu den Pembiakan/Pembakaan
Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Cetakan Pertama Disember 1988
Ulang Cetak Pertama April 1991

Diterbitkan den boleh didapati dari
Unit Penerbitan
Kementerian Pertanian Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin, 50624 Kuala Lumpur.
Tel: 2982011


JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN
KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA
1988


Perunding:

Dr. Hawari bin Hussein

Disediakan oleh:

Dr. Rosini bte Alias